March 12, 2013

....





Kepada sekalian makhluk,
ini aku yang sedang menulis
Kau kata aku pelik
tapi akhirnya aku yang kau cari
maaf ini aku
Maaf bila aku diam
sebab diam itu sebenarnya aku
Maaf respon aku tak seperti yang kau harapkan
Mungkin semua bosan berkawan dengan aku
Tapi aku lagi bosan berkawan dengan
kawan yang tak pernah tenteram
Kalau boleh bercakap masa tidur
dia akan bercakap.
Maafkan aku bila cakap merapu
sebab ini aku



.

March 10, 2013

Momento



 If i could turn back the time, i would. If  Life has pause and play like mp3 i would rather choose 'pause' because 'pause' are forever and 'Play' means to faded away.


Hari ni 10/3/2013






Berkaitan dengan tajuk post kali ni sangatlah Rare sedikit ye anak-anak. Tak sangka dah nak masuk 4 tahun dah blog ni. Kalau boleh nak update semua perkara penting yang pernah terjadi dan diselitkan gambar foto kenangan bersama Caption yang lucu.. Aku nak, suatu hari nanti aku menangis membaca setiap entri yang pernah tertulis disini. Merepek aku yang tak sudah. Muka Sememeh aku . Cerita tak puas hati aku. Cerita kawan-kawan aku. Cerita puisi aku. Seribu cerita yang tak ada penghujungnya. Walaupun tak semua aku tulis dalam ni, semua cerita didalam blog ni menggambarkan aku. Kekurangan aku. Aku buat blog ni bukan untuk kutip banyak followers atau nuffnang tapi aku saja buat untuk aku saja tulis apa yang aku rasa. Kadang-kadang aku lagi suka sendiri. Aku tak suka ramai sebab ramai tu kusut. Diri aku yang sebenar SENYAP. Tahu apa senyap? aku suka senyap sebab senyap tu tenteram. Bosankan jadi aku??








.