http://www.smileycodes.info http://www.smileycodes.info

February 3, 2011

Lihat cara saya jalan

(gambar terbesar yg pernah diupload setakat ini)



yo!! wazzup wazzup. Anis in the house!! (dengan suara gedik memukau) okay. Boleh lempang kalau rasa patut. Seminggu bercuti, aku habiskan masa dengan meronggeng terpelungeh dekat shopping mall sekitar selangor dengan kekasih i. You ada balak, i pon ada. Maka terhasil lah post enrty lihat cara saya jalan. Bukan nak cakap apalah, tapi sedar atau tak, cara kita berjalan, melambangkan diri kita. Keyakinan kita. Sepanjang dekat mall, macam-macam jenis cara jalan aku jumpa. Yang mengesot tu, paham-paham je lah. HAHA. Kan lain cara Mak Kiah kat kampung jalan ke rumah Cik Lemah untuk mengumpat (tradisi orang melayu) dengan cara Datin Sally jalan kepenatan pergi ke spa. (apa aku merepek ni) Yes!! im talking about attitude people!! ATTITUDE not ALTITUDE okay. Itu geografi. Yang jalan terkangkang pun ada. Itu mama saya kata, masa baby, mak dia tak bengkong kaki.

Cara kita jalan sebenarnya memberi pandangan dekat orang ramai yang kita ni seorang yang yakin boleh! ( hamboi, pandai kau cakap anis)
Baru lah bila kau masuk kedai, tauke kedai akan cakap... ''ye kak.. nak beli apa??'' walaupun kau kemetot mengalahkan peserta idola kecil.Kenapa dia tak panggil adik?? sebab kau tak nampak keadik-adikkan walaupun sebenarnya kau masih kecil. Janganlah pulak kau terover kompiden, kau pakai heels 7 inch dengan sunglass oversize jalan mendada padahal pegi WARTA ajeh. Itu buang tebiat namanya ye markonah!!.


Dan janganlah pulak, kau terlalu kompiden dan perasan. Bila ada mamat usha kau lama sikit.... mulalah kau cakap kat diri kau ( haaa aku dahh agak dah pakai dress ni memang ada org jatuh cinta) padahal mamat tu ternampak kesan sos cili di bahagian dada.




xoxo,
anisyazana



No comments:

Post a Comment